JellyPages.com

Selasa, 6 November 2012

Quote of the day #1



SEJARAH PERKEMBANGAN HUKUM ISLAM



1.0 PENGENALAN

Hukum Islam boleh ditakrifkan dengan pengertian Syariat, iaitu hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk hamba-Nya, sama ada yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat.

Hukum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus dan tiada bengkang-bengkok. Ia juga menyerupai sumber air, yang mana Syariah dapat menghidupkan segala jiwa dan akal sebagaimana sumber air itu dapat menghidupkan tubuh badan manusia.

MANHAJ IMAM MUSLIM



1.0 RIWAYAT HIDUP IMAM MUSLIM

Nama sebenar Imam Muslim ialah Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi Abu al-Husain al-Nisaburi. Beliau dilahirkan di Nisabur pada bulan Rejab tahun 204 H bersamaan 820 M dan beliau meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 261 H di Kota Nasr Abad, Nisabur.

Beliau berasal daripada keturunan yang mulia dan terhormat serta terdidik dalam suasana dan keluarga yang berilmu. Imam Muslim juga adalah seorang yang kuat beribadat, sangat menghormati gurunya, bertaqwa, warak, berani dan tawaduk.

Imam Muslim pernah melawat Hijaz, Iraq, Syam dan Mesir untuk mempelajari hadis daripada ulama hadis di sana. Beliau meriwayatkan hadis dari Muhammad bin Yahya al-Zuhli, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih, Imam al-Bukhori dan lain-lain lagi.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU BALAGHAH DAN FASOHAH



1.0 PENGENALAN ILMU BALAGHAH

Balaghah memberi makna yang agung dan jelas, dengan ungkapan yang benar dan fasih, memberi bekas yang berkesan di lubuk hati, dan sesuai dengan situasi, keadaan dan orang-orang yang diajak bicara. Ilmu Balaghah ditakrif oleh kalangan ahli bahasa sebagai:

“Melaksanakan makna yang unggul lagi jelas, dengan ibarat yang betul lagi lancar, ianya memberi kesan tarikan yang mendalam kepada diri seseorang, beserta keseuaian setiap ucapan yang dilafazkan dengan tajuk perbincangan, di sampingberseuaian dengan orang yang ditujukan percakapan itu.” (Ali al-Jarim dan Mustapa Amin 1951: 8).